Tuesday, April 14, 2015

KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 3

PEMATERIAN

'KEADAAN SEBELUM DITEKAN'

  1. Apabila pematerian dilakukan pada kaki 'COM' dan 'NC' , suis itu akan berfungsi sebagai suis tekan buka.
  2. Suis ini dalam keadaan hidup jika lengan tidak ditekan.
  3. Arus akan mengalir dalam litar apabila punatnya dilepaskan.

'KEADAAN SELEPAS DITEKAN'
  1. Apabila pematerian dilakukan pada kaki 'COM dan 'NO', suis itu akan berfungsi sebagai suis tekan tutup.
  2. Apabila punat suis ditekan, arus akan mengalir dalam litar.
  3. Arus akan berhenti mengalir apabila lengan dilepaskan.



KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 3

SUIS MIKRO(MICRO SWITCH)

  1. Suis Mikro merupakan suis yang mempunyaidua fungsi dalam satu suis.          
  2. Suis ini mempunyai tiga kaki atau tamatan iaitu kaki 'COM'(COMMON), kaki 'NO'(Normally Open), dan kaki 'NC'(Normally Close) seperti yang ditunjukkan pada rajah.                                                                                            
  3. Kaki-kaki ini akan menentukan sama ada suis berfungsi sebagai suis tekan buka atau suis tekan tutup.                                                                                     
  4. Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindak sebagai suis pemutus keselamatan.                                                                                      
  5. Sewaktu menggunakan suis mikro:
  • Gunakan voltan yang betul sewaktu memateri                                                     
  • Pastikan pematerian dilakukan pada kaki atau tamatan yang betul mengikut fungsi yang dikehendaki sama ada tekan tutup atau tekan buka.     
  • Suis Mikro juga perlu disimpan di tempat yang kering.



KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 3

IC MUZIK


  1. IC muzik merupakan komponen elektronik yang menyerupai sebuah transistor.                                                                                                           
  2. IC muzik mempunyai 3 kaki.                                                                            
  3. Perbezaan IC muzik dengan transistor biasa,komponen ini dilihat pada nombor yang tercetak pada badan IC muzik berkenaan.IC muzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L atau FT 66T-68L.                                    
  4. Irama yang dihasilkan oleh IC muzik yang digunakan dalam projek akan berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.

KESELAMATAN PENGGUNAAN IC

KESELAMATAN PENGGUNAAN IC


"PASTIKAN IC TIDAK MENERIMA HABA YANG TERLALU PANAS" SEMASA PEMATERI

"PATERIKAN SOKET IC KEPADA BOD LITA TERLEBIH DAHULU" SEBELUM MEMASANG IC

"SEMASA MEMASANG IC KE SOKET IC,PASTIKAN PIN IC" DISAMBUNGKAN DENGAN BETUL SUPAYA TIDAK BERLAKU LITAR PINTAS

"IC HENDAKLAH DISIMPAN DI DALAM BEKAS PLASTIK ANTISTATIK" ATAU MEMBENAMKAN PIN IC PADA SPAN UNTUK MENGELAK PIN IC TERBENGKOK

"GUNAKAN NILAI VOLTAN DAN ARUS YANG SESUAI DENGAN IC" BERPANDUKAN LEMBARAN DATA



Monday, April 13, 2015

SIMBOL DAN FUNGSI

SIMBOL DAN FUNGSI

SIMBOL IC NE 555

# IC terdiri daripada perumah dan soket

# Wayar Emas digunakan untuk menyambungkan serpihan pada pin-pin litar bersepadu.

# Pin-pin digunakan untuk menyambungkan IC dengan litar di luar.

# Bilangan pin akan bertambah dengan bertambahnya fungsi IC tersebut.IC berkuasa rendah dan tidak menghasilkan haba yang berlebihan dalam litar.

# IC boleh dikenali dengan membaca label pada badannya

# Ic digunakan secara meluas dalam peralatan sepert komputer,kalkulator,jam tangan berdigit, dan sebagainya.

# Terdapat tanda separa bulatan (NOTCH) pada permukaan IC bagi membantu mengenal pasti nombor bagi setiap pin.



PIN
KEGUNAAN
1
Ground (0V), adalah pin input dari sumber tegangan DC paling negative
2
Trigger, input negative dari lower komparator (komparator B) yang menjaga osilasi tegangan terendah kapasitor pada 1/3 Vcc dan mengatur RS flip-flop
3
Output, pin keluaran dari IC 555.
4
Reset, adalah pin yang berfungsi untuk me reset latch didalam IC yang akan berpengaruh untuk me-reset kerja IC. Pin ini tersambung ke suatu gate (gerbang) transistor bertipe PNP, jadi transistor akan aktif jika diberi logika low. Biasanya pin ini langsung dihubungkan ke Vcc agar tidak terjadi reset
5
Control voltage, pin ini berfungsi untuk mengatur kestabilan tegangan referensi input negative (komparator A). pin ini bisa dibiarkan tergantung (diabaikan), tetapi untuk menjamin kestabilan referensi komparator A, biasanya dihubungkan dengan kapasitor berorde sekitar 10 nF ke pin ground
6
Threshold, pin ini terhubung ke input positif (komparator A) yang akan me-reset RS flip-flop ketika tegangan pada pin ini mulai melebihi 2/3 Vcc
7
Discharge, pin ini terhubung ke open collector transistor internal (Tr) yang emitternya terhubung ke ground. Switching transistor ini berfungsi untuk meng-clamp node yang sesuai ke ground pada timing tertentu
8
Vcc, pin ini untuk menerima supply DC voltage. Biasanya akan bekerja optimal jika diberi 5V s/d 15V. Supply arusnya dapat dilihat di datasheet, yaitu sekitar 10mA s/d 15mA.

KEMAHIRAN HIDUP T3 BAB 3:ELEKTRONIK

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU(KEMAHIRAN TEKNIKAL)


BAB 3:Elektronik

3.1:'Nama,Simbol dan Fungsi Komponen Elektrik'

Nama: Litar Bersepadu(Intergrated Circuit-IC)

Dikenali Sebagai: Litar Terkamil

1: Litar bersepadu dan litar terkamil dikenal sebagai 'Intergrated Circuit' (IC) dibuat daripada bahan separa pengalir.

2: I.C. terdiri daripada komponen-komponen eletrik seperti transistor, perintang tetap, diod, dan pemuat dalam satu pakej kecil.

3: Gabungan komponen eletrik tersebut telah membentuk satu litar lengkap atau separa lengkap dalam satu pakej kecil di sebut sebagai cip silikon.

4: Fungsi I.C ialah menjadikan satu litar yang kompleks itu kecil bagi menjimatkan ruang.

5: I.C banyak digunakan dalam peralatan elektronik seperti mesin kira,komputer dan televisyen.